--[if IE 6]>
       

Resepi



Harap maklum bahawa resepi untuk biskut raya yang kami jual tidak tersenarai di sini. The recipe is top secret!!!...Banyak kali kami study dan try n error untuk menghasilkan biskut raya yang umphh dan menjadi sebutan ramai! Walaubagaimanapun, resepi di bawah ini boleh dikatakan agak menarik dan berbaloi untuk dicuba. Memang seronok dan puas hati jika buat biskut raya sendiri.

Semua orang mampu membuat biskut raya. Cuma MASA menjadi penghalang. Saya paham, dunia alaf baru nie memang agak membuatkan kita busy. Tetapi, saya memang mensyorkan agar anda semua cuba membuat at least 1 jenis biskut raya yang tersenarai di bawah nie. Bila lagi nak on oven kat umah tue kan... :)

Lepas bakar tue, mesti anda dapat rasakan satu kepuasan & keseronokan membuat biskut! Kalau susah sangat, order je dari kami, ok?
Kami berharap resepi-resepi di bawah dapat memberikan anda inspirasi. Kalau ada resepi-resepi yang ingin dikongsi bersama bolehlah contact bizkutraya.com! Nanti pihak kami akan post resepi yang anda ingin kongsikan pada bahagian resepi di bawah ni. Bolehla kita berkongsi dan memperbanyakkan resepi biskut kita. Kot-kot sedap, bleh saya masukkan dalam katalog terus. LOL ;)

Jika resepi yang ada cari tidak tersenari di sini, anda juga boleh search apa sahaja resepi yang anda inginkan di bawah ini. Cuma type nama resepi yang dicari di dalam kotak di bawah, kemudian tekan butang 'Search'. Mudah kan? :)







London Almond
Bahan-bahan :
250 gm mentega

150 gm gula halus
550 gm tepung gandum
2 biji telur (diambil kuningnya)

1 sudu kecil emplex
cooking chocolate (double boiling)

badam (dipanggang / dibakar)
sedikit badam serbuk
(boleh gantikan dengan esen vanila tapi kureng skit la)
badam cincang

mangkuk kertas

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan tepung, emplex dan badam serbuk. Adun hingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Ambil sedikit doh saiz sebesar guli dan balut badam, kemudian bentukkan menjadi bola bujur. Letakkan doh di dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175*C selama 20-25 minit atau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan dahulu. Setelah sejuk, masukkan biskut yang telah dibakar ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang telah dicairkan di atasnya. Taburkan dengan badam cincang dengan segera supaya ia betul2 melekat dengan coklat. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

kembali ke atas


Biskut Gajus
Bahan-bahan :
250 gm buttercup
185 gm gula perang
375 gm tepung gandum
125 gm gajus - dikisar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kuning telur - sapuan atas

100 gm biji gajus - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula perang hingga kembang. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan gajus kisar, gaul hingga menjadi doh. Canai doh dan terap mengikut bentuk gajus atau bujur. Cucukkan biji gajus seperti gambar dan sapukan sedikit kuning telur di atasnya sebagai hiasan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.

kembali ke atas


Oatmeal Chocolate
Bahan-bahan :
250 gm mentega

230 gm gula perang
100 gm gula kastor
2 biji telur
2 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking soda
200 gm tepung gandum
230 gm oat
1 cawan cip coklat semisweet
1 cawan walnut - dicincang

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, susu dan esen vanilla, pukul lagi. Masukkan campuran tepung, baking soda dan garam, kacau hingga sebati. Akhir sekali tambahkan oat, cip coklat dan walnut cincang. Gunakan kaedah 'dropping' menggunakan sudu kecil ke atas loyang (tidak perlu melenserkan majerin ke atasnya). Bakar di dalam oven dengan suhu 175'C selama 10 minit dan biarkan sejuk selama 1 minit di atas rak penyejuk.


kembali ke atas


Makmur
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
minyak sapi - ikut lembut doh

gula aising - untuk salut biskut

Bahan Inti :
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

*kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dimesin halus dan dicampur dengan gula

Cara penyediaan :
Gaulkan semua bahan doh hingga lembut dan boleh dibentukkan. Ambil seketul doh sebesar biji guli dan leperkan. Masukkan inti yang telah dibentuk bujur dan balut dengan doh tadi. Jadikan ia sebesar biji buah kurma. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 minit atau sehingga nampak masak.Sejukkan baru golekkan dalam gula aising.


kembali ke atas


Tart Gulung
Bahan-bahan :
60 gm buttercup
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Glaze - 2 biji kuning telur + sedikit air & pewarna kuning
Jem nenas (boleh dibeli dikedai bahan kuih)
* boleh juga kalau nak buat sendiri.... 1 biji nenas - blend dan masak dengan 1 cawan gula dan 1/2 cawan air (masak hingga kering)

Cara penyediaan :
Gaulkan butter,majerin dan gula, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul lagi sehingga rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayakkan. Gaulkan sehingga rata dan sebati.Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan sepanjang 2 - 3 inci.
Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas di atas adunan dan gulungkan. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas dan sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

kembali ke atas


Butter Cookies
<>Bahan-bahan :
250 gm buttercup
130 gm gula kastor
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
white cooking chocolate - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul buttercup dan gula hinga sebati. Masukkan tepung gandum dan jagung yang telah diayakkan sedikit demi sedikit. Canaikan adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda. Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit. Sejukkan dan hiaskan di atasnya dengan lakaran white chocolate yang telah dicairkan. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


kembali ke atas


Honey Cornflakes
Ingredients :
40g butter
1 tbsp sugar
1 tbsp honey
2 cups corn flakes
1/2 cup nuts (optional)
Raisins (optional)

Method :
1. Melt butter over low heat.
2. Add in sugar and honey, stir till sugar is dissolved.
3. Add in corn flakes, nuts or raisins and mix well.
4. Spoon into small paper cups and bake at 180 degrees for 10 mins.



kembali ke atas


Famous Amoss Cookies
Ingredients :
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your chream the butter and both sugar. Add eggs and vanilla, mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet..bake for 10 minute at 375 degrees. Makes 122 cookies.


kembali ke atas

site info

Copyright © 2010 bizkutraya.com. All rights reserved.
Designed by perekaweb.com